Monday 26 March 2012

Untuk Mengelak Rasa Bosan

Sumber: e-Petua

Rasa bosan  timbul apabila anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali.  Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tiada apa hendak dilakukan ketika masa terluang.  Awas, rasa bosan petanda besar anda adalah orang yang tidak ada matlamat.



1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi Anda
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa yang hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya. Ada orang suka tengok TV sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu di sekeling yang boleh anda lakukan.

2. Tetapkan matlamat, azam, cita-cita dan impian.
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Tetapkan satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam. Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan. Sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

3. Rajinkan Diri Beribadah.
Sibukkan diri anda dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tidak mahu berhenti melakukannya.

Monday 19 March 2012

Untuk Mengurangkan Dagu Berlapis

Sejak berzaman lagi, kecantikan sudah menjadi isu penting dalam hidup wanita. Walau usia semakin menginjak, ingin sentiasa tampak cantik dan muda selalu menjadi sebahagian besar naluri wanita.  Sehinggakan, ada segelintir yang begitu risau jika wajah sudah mula kendur dan hilang keremajaan.  Antara bahagian wajah paling membimbangkan wanita ialah pada dagu kerana dengan kulit yang lembut dan halus, kesannya dimakan usia begitu ketara.  Akibatnya, terbentuk dagu berlapis atau tembam dan ini mula menimbulkan kegusaran serta rasa tidak senang hati.  

Sememangnya, penuaan tidak boleh dielakkan kerana kajian mendapati ia berpunca daripada kemerosotan sel.  Tubuh manusia dibentuk daripada jutaan sel yang secara berterusan mati dan digantikan dengan sel baru.  Proses ini mencapai kemuncaknya ketika seseorang berusia pertengahan 30-an dan selepas usia ini, proses penggantian sel baru mula menjadi perlahan, yang mengakibatkan kehilangan keanjalan otot serta wujudnya kedutan.

Faktor yang mempengaruhinya ialah kerana ia tidak perlu menjalani pembedahan plastik, manakala penegangan otot dibuat secara semula jadi.  Sesetengah produk seumpama itu menghasilkan kesan yang ketara.  Ini tidak mustahil berlaku kerana tisu adipos secara lebih khusus terletak di bahagian bawah muka dan memainkan fungsi penting dalam menentukan raut wajah dan bentuk muka.  Ia juga adalah satu daripada faktor yang membolehkan kita menukar raut wajah tanpa menjalani pembedahan kosmetik.

Bagaimanapun, proses ini mengambil masa yang lama dan enapan lemak berlebihan boleh muncul apabila usia meningkat menyebabkan wajah kelihatan berat dan kendur.  Keadaan ini bertambah buruk apabila tisu sokongan menjadi lemah.  Itulah sebabnya kita perlu bertindak untuk mencegah dan membetulkan keadaan ini. Tekanan, keletihan, kehilangan atau tambahan berat badan dan usia yang meningkat akan memburukkan lagi keadaan.

Kesimpulannya, kaedah ini membawa konsep baru dalam dunia penjagaan kulit dan mencantikkan raut wajah, melicinkan kulit dan memulihkan seri semula jadi kulit supaya sentiasa kelihatan lebih jelita serta muda.


FAKTA: Kaedah asas untuk memulih wajah
1)   Memekap dahi dengan dua telapak tangan selama 5 hingga 10 saat.
2)   Memekap mata dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.
3)   Memekap pipi dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.
4)   Memekap dagu dengan dua telapak tangan, seperti orang sedang menongkat dagu
      selama 10 hingga 20 saat.
5)  Akhir sekali pekap telinga, bermula di bahagian depan kemudian belakang telinga 
     selama 10 saat.